Assalamualaikum dan salam sejahtera... (^^,)
Terima kasih kerana sudi meminjamkan mata untuk membaca dan sudi jua untuk meluangkan sedikit masa untuk sama-sama menilai perkongsian saya yang tidak seberapa ini. Ya, tidak seberapa kerana secara normalnya pasti kadangkala ilham kita akan hilang atau mungkin terbengkalai dek KETERBATASAN akal sebagai seorang manusia yang sememangnya tidak sempurna. Namun bak kata pepatah Melayu, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih." Kan? (^_^)
Baiklah, kali ini saya tertarik untuk bercakap soal tanggungjawab beserta pemberatnya. Jelas sekali perkataan 'tanggungjawab' itu sangat mudah untuk disebut menggunakan lidah yang lembut, namun amat payah dipikul andai kita sedar akan KETERBATASAN diri sendiri. Realitinya, agak ramai yang sanggup tampil ke hadapan untuk menggalas jawatan yang disebaliknya tersembunyi tanggungjawab yang besar walaupun tidak berupaya. Tidak dapat dinafikan bahawa saya juga pernah menjadi figura yang tidak sedar akan KETERBATASAN diri sebelum menggalas sesuatu jawatan. Tetapi ramai yang berpendapat bahawa pengajaran yang diperolehi daripada sebuah kegagalan adalah jauh lebih bermanfaat untuk disemat sebagai nilai diri. Jadi, mengapa tidak kita ambil sesuatu yang mungkin pada mulanya nampak positif menjadi sesuatu yang positif dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan potensi diri kita sendiri. Semoga kita mampu untuk berubah dan mengubah diri ke suatu tahap yang lebih baik. Insya'Allah... (^^,)
Jadi, apabila kita bercerita tentang KETERBATASAN, saya yakin dan percaya bahawa masih ramai di antara kita yang masih belum sedar akan KETERBATASAN diri masing-masing. Carilah definisi KETERBATASAN ini dalam diri kalian agar segala kebarangkalian untuk menyusahkan orang lain daripada keputusan yang diambil dapat dikurangkan nisbahnya. Namun ingin saya berpesan kepada semua yang membaca waimah mungkin ada yang sedang mengeja (hehe) agar tidak menjadikan KETERBATASAN yang ditemui nanti sebagai alasan untuk menolak apa jua peluang bagi mengembangkan lagi potensi diri yang kita miliki.
Akhir kata, ayuh kita renungi dan fahami maksud hadis ini,
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Abdul Rahman (Abu Hurairah)
"Wahai Rahman, jangan kamu minta jadi pemimpin / pangkat, kalau kamu minta pimpinan maka kamu akan disusahkan. Tetapi apabila kamu tidak minta jadi pemimpin tapi kamu diberi tanggungjawab maka kamu akan ditolong oleh Allah."
0 comments:
Post a Comment