Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi menjengah ke laman ilmu saya ini. (^_^) Baiklah, untuk entri kali ini rasanya saya ingin berkongsi sedikit tentang satu idea iaitu "Apalah salah jika buat salah".
Haa.. Kadangkala manusia ini sangat takut nak buat salah. Kalau buat sesuatu yang tersalah tu, kita rasakan seolah-olah kita ni dah teruk sangat, dan kita rasakan macam itulah penghujung dunia kita. Tak bagus ada pemikiran sebegini. Untuk pengetahuan para pembaca, orang yang terlalu mementingkan kesempurnaan a.k.a perfectionist ini sebenarnya dalam dunia psikologi dianggap sebagai orang yang tidak normal kerana tidak mahu melakukan kesalahan. Jadi, kalau mahu jadi orang yang normal, maka anda perlu bertenang jika melakukan kesalahan kerana ia sebenarnya normal bagi seorang manusia. (^^,)
Saya boleh memberi jaminan bahawa semua orang pernah buat salah atau dalam bahasa yang lebih amnya, GAGAL. Tetapi disebabkan kita mahu mencuba dan terus mencuba akhirnya kita telah BERJAYA. Jika ada yang tidak percaya, saya akan bawakan satu contoh kepada anda agar dapat dijadikan bahan fikir.
Sedar atau tidak sebenarnya sewaktu kita kecil kita seringkali membuat kesalahan. Kesalahan sama yang diulang-ulang. Tetapi kita terus mencuba tanpa rasa jemu sehinggalah akhirnya kita berjaya. Itulah proses yang kita lalui sewaktu kita sedang belajar untuk berjalan satu ketika dahulu. Seanndainya daripada kesalahan atau kejatuhan yang pertama itu kita terus berputus asa, pasti dan pasti kita tidak akan mampu berjalan apatah lagi berlari pada hari ini. Hakikatnya, daripada kegagalanlah kita berusaha untuk bangun dan terus mencuba. Biarpun jatuh berulang kali namun kita terus bangun dan kembali berusaha untuk berjalan. Hasilnya, lihatlah sekarang, kita sudah mampu berjalan tanpa perlu bangun dari kejatuhan. Malah, dengan langkah yang yakin kita mampu untuk berlari dan menapak laju. Kan? (^^,) Jadi, itulah hadiah daripada kesalahan yang diulang-ulang.
Contoh yang saya bawakan adalah satu situasi yang direktif dan mudah untuk dihadam akal. Suka untuk saya lontarkan satu persoalan iaitu jika kita takut dengan kegagalan adakah kita rasa kita layak untuk berjaya? Jadi, mulai saat ini marilah kita terus melakukan kesalahan biarpun kesalahan itu adalah kesalahan yang sama. TETAPI, belajarlah daripada kesalahan itu kerana orang yang melakukan kesalahan tanpa mempelajari sesuatu lebih teruk daripada orang makhluk yang tidak berakal.
Setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga diberi kelapangan oleh ALLAH pemilik sekalian alam untuk kembali mencoret perkongsian lain, kelak. Sebelum saya tamatkan entri pada kali ini, suka untuk saya kongsikan kata-kata daripada buku Wisdom in Failure yang saya kira sangat menarik untuk kita fikirkan bersama...
"Sometimes it is alright to make the same mistake more than once.
Isn't that's how we learn to walk and to ride a bicycle?"
(Billi, 1999)
0 comments:
Post a Comment