CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Friday, October 28, 2011

~~Ubat Yang Paling Mustajab~~



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Gembira bertemu lagi di dalam ruangan ini... (^_^)


Baiklah, pertama-tamanya ingin saya jelaskan bahawa saya bukanlah agen daripada Syarikat Ubat Cap Pak Halim Orang Kampung mahupun jurujual yang mahu mempromosikan produk kepada insan-insan yang terdesak (hehe). Niat di hati saya hanyalah untuk mengingatkan kalian dan khususnya diri saya sendiri berkenaan dengan UBAT YANG PALING MUSTAJAB untuk apa jua penyakit pun. Tetapi seperti biasa. Entri kali ini adalah lebih santai hasil pandangan diri saya sendiri. Tiada rujukan yang bersifat ilmiah, Salmiah, Saadiah, Kak Kiah dan macam-macamlah. (^^,)


Bagi saya, ubat ini adalah ubat paling hebat yang tak perlu susah payah untuk kita cari di kedai, kompleks membeli belah, farmasi berhampiran rumah ayah, mahupun di klinik-klinik haiwan berdekatan. Ubat ini sememangnya sudah sedia ada pada setiap manusia. Ianya sesuatu yang bersifat asli a.k.a original. Ubat yang saya maksudkan adalah "SENYUM"... Haaaa.. (^^,)


Tahu tak? Dengan senyum ini sahaja, pelbagai jenis penyakit boleh kita ubati. Bukan setakat sakit-sakit badan mahupun penyakit jiwa, malah semuanya boleh kita ubati dengan senyuman. Selagi kita benar-benar percaya dan pastinya dengan IZIN ALLAH S.W.T, "kun faya kun" ia pasti boleh membantu. Tetapi tidaklah bermaksud sekiranya kita sedang menghidapi sakit pada tahap yang kronik, sekali senyum je boleh terus hilang penyakit itu (hehe). Pastinya kita tetap perlu berusaha untuk mengubatinya dengan cara memakan ubat yang diberikan doktor. Senyum ini hanyalah sebagai pendorong untuk kita merasa lebih kuat dan sihat walaupun sedang sakit. (^_^)


Baiklah, dari sudut yang lain, senyum juga boleh diguna pakai untuk pelbagai keadaan dan semestinya ia akan sangat banyak membantu. Contohnya, kalau hendak mengurat seseorang. Cuba anda mengurat 'dia' tanpa senyuman. Bak kata Nabil (Maharaja Lawak),


"Memang confirm la dapat... Dapat maki..."

** Maaf. Contoh ayat agak kasar. (^_^)


Jadi, kita haruslah senyum dan sentiasa tersenyum kerana sudah menjadi fitrah manusia bahawa kita memang yang suka akan benda yang cantik dan indah. Tambahan pula, keindahan rupa dan wajah manusia ini terletak pada senyuman. Biarlah walaupun orang lain sibuk mengata tentang hidung kita kurang mancung, atau kulit kita yang seperti permukaan bulan, atau mata kita yang macam Cina Tibet, ataupun hidung kita yang macam serombong kapal sekalipun,(hehe) tetapi selagi kita murah dengan senyuman, Insya'Allah segala aset yang kurang bernilai itu seolah-olah terubat dan orang lain akan mampu untuk tersenyum kembali apabila melihat kita. Seolah-olah tanpa sedar kita tiba-tiba berubah menjadi seseorang yang kacak dan cantik. Haaaa... hebat kan ciptaan ALLAH? (^^,)


Bak bait-bait lagu Malique ft Najwa :


Bila saya senyum,

Awak mesti senyum sekali.

Bila kita senyum,

Semua orang berjangkit.

Bila semua orang senyum,

Dunia TIADA PENYAKIT.


Kesimpulannya, pihak yang bertanggungjawab (diri kita sendiri) haruslah memainkan peranan masing-masing agar dunia kita yang kita cintai ini kurang berpenyakit. Pernah dengar kan ayat ini, "Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman." Teruskan tersenyum kerana senyum adalah amalan yang mulia dan jangan juga lokek dengan senyuman walaupun pada waktu tu anda sedang tertekan kerana kawan di sebelah baru sahaja melepaskan 'kentut senyap' (kentut busuk). ** Agak kurang sopan di situ. (^^,)


S.E.N.Y.UM



0 comments:

~~Ini BukAN LaGU~~